Chong Wei : Saya Berjanji~..

PEMAIN nombor satu dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei tidak rela membiarkan pemain lain terkapai-kapai dalam menggalas cabaran negara di pusingan kelayakan Piala Thomas biarpun dia menganggap misi utamanya tahun ini adalah memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik London.

Chong Wei, 30, berkata, walaupun ramai yang berpendapat skuad Piala Thomas kali ini agak lemah dengan ketiadaan pemain berkaliber dalam acara berpasukan itu namun yakin, kehadirannya mampu membakar semangat rakan sepasukan.

Selepas membuka kempen tahun ini dengan bergaya apabila memenangi kejuaraan Terbuka Korea dan Malaysia, kehebatan Chong Wei sekali lagi ditagih bagi mengelakkan Malaysia gagal layak ke pusingan akhir Piala Thomas sejak format baru kejohanan diperkenal pada 1984.

Pada pusingan kelayakan di Macau bermula 14 hingga 19 Februari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyenaraikan pemain perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren dan Mohd. Arif Latif, manakala dalam beregu lelaki, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong mengetuai saingan bersama Lim Khim Wah, Goh V Shem, Hoon Thien How dan Teo Kok Siang. Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur. Selepas pusingan kelayakan Piala Thomas, jadual Chong Wei terus padat apabila akan turun memburu gelaran hatrik Seluruh England pada 6 hingga 11 Mac di Birmingham.

“Saya harap boleh menang kali ketiga tapi bukan senang untuk mempertahankan kejuaraan itu lebih-lebih lagi saya sudah menang dua kejuaraan Siri Super tahun ini,” katanya.

Mengenai buku autobiografi yang mula berada di pasaran dengan harga RM35 hingga RM38 bagi edisi Bahasa Inggeris dan Bahasa China itu, Chong Wei berharap ia mampu menjadi sumber inspirasi buat semua rakyat Malaysia.

* hmm..bagus kan kalau ada senior2 lain di luar sana yang bersemangat jitu dan bersifat kepimpinan macam Chong Wei nie..kitorang yakin, kalau ada banyak lagi pemain senior seperti Chong Wei yang ingin berkongsi motivasi dan pengalaman, sudah tentu arena sukan negara kita akan mencapai tahap terbaik seantero dunia.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Chong Wei : Saya Berjanji~..

  1. “KONG HEE FATT CHAI…”
    Happay Chinese New Year..
    2012 Year Of The Mighty Dragon… :dsadsad:

    :lala: :menari: :ketawa: :comel: :jalan:

    Sape nak makan limo free, kumpol angpau,
    berkunjonglah kerumah2 terbuka YB2 & VIP2
    China, termasuk rumah Datuk Lee Chong Wei… :sd:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge