Curi Di Kajang,Tangkap Di Melaka.

MUHD. NUR HISAMUDDIN (kiri) dan pegawainya menunjukkan salah sebuah kereta curi yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Jasin semalam.

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga,begitulah yang berlaku kepada lima penjenayah yang telah berjaya melarikan lima buah kereta jenis Honda daripada bilik pameran kenderaan itu di Bandar Sungai Long,Kajang Selangor 25 September tidak ke mana apabila kesemuanya diberkas selepas pulang dari Pulau Besar di sini kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu diberkas pada pukul 5.20 petang kelmarin sebaik menghabiskan masa selama enam jam untuk bersembahyang di pulau tersebut.Kesemua penyangak tersebut datang dengan menaiki dua buah kereta jenis Honda Accord pada pukul 10 pagi sebelum menaiki bot untuk ke pulau berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin,Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim berkata,pihaknya terus membuat intipan di Jeti Anjung Batu pada pukul 4.20 petang selepas mendapat maklumat mengatakan kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan.Sebaik sampai,pihaknya yang membuat pemeriksaan mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kita kemudian telah menunggu selama satu jam sebelum mendapati lima lelaki berkenaan terus menuju ke kereta tersebut sebaik turun dari jeti”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge