Dibelasah kerana samun dan cuba rogol jurujual

Seorang lelaki yang menyamun dan cuba nak rogol seorang jurujual di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 telah dibelasah orang ramai.

Kejadian yang dilaporkan Bernama itu berlaku pada 11.45 pagi semalam di mana seorang lelaki muda lingkungan umur sekitar 20-an macam tu, dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika mangsa keluar untuk makan di sebuah restoran berdekatan.

Mangsa perempuan berbangsa China, Wong Siew Hong, 38, dari Johor Baharu berkata dia hanya menyedari kehadiran lelaki terbabit selepas pulang ke biliknya di tingkat dua hotel bajet tersebut.

“Sebaik tiba di bilik hotel, saya lihat kunci mangga bilik saya telah dipecah dan pintunya terbuka sedikit,” katanya ketika ditemui.

Ketika hendak masuk dalam bilik tadi, Wong Siew Hong terkejut apabila seorang lelaki entah dari mana berada didalam biliknya.Lelaki itu kemudian mara kearahnya dan cuba membuka pakaiannya.

Wong Siew Hong telah ditumbuk beberapa kali sehingga bengkak dipipi ketika dia cuba melawan lelaki itu sambil menjerit meminta tolong.

Akibat takut,Lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri bersama beg duit yang sempat dirampas. Mangsa kemudiannya mengejar penjenayah itu sambil menjerit meminta tolong sebelum beberapa orang menangkap dan bertindak memukul lelaki itu, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Dilaporkan lelaki itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani rawatan akibat cedera dipukul dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun sehingga mendatangkan kecederaan.


Pelaku (duduk) ditangkap oleh orang ramai – Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge