GameNow WP Theme

Dark Light
Dua pelajar Malaysia Maut dalam kemalangan di Russia

Dua pelajar Malaysia maut dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia ke Russia, Datuk Zainol Abidin Omar, hari ini.

Pelajar Malaysia yang meninggal dunia itu ialah Adzreen Binyati,22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya dan Hanisah Muhd. Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu. Pihak kedutaan berusaha untuk membawa pulang segera jenazah mereka ke tanah air.

Datuk Zainol Abidin Omar berkata , kakitangan kedutaan juga segera ke Hospital Viyazniky di Vladimirskaya untuk melawat pelajar yang cedera.

5 pelajar Malaysia yang cedera dalam dalam kemalangan di Russia itu pula ialah Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza.

Menurut Zainol Abidin lagi, van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain. Dilaporkan punca kemalangan ini berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

gambar Dua pelajar Malaysia Maut dalam kemalangan di Russia
Gambar salah seorang pelajar Malaysia yang terkorban (Adzreen).Jenazah kedua-dua pelajar ini dijangka tiba pada hari Khamis ini dan akan ditangung oleh MARA. Mari kita sedekah Al Fatihah kepada mereka.

pixel Dua pelajar Malaysia Maut dalam kemalangan di Russia
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


1 Comment
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta