E-Tukar Milik Sementara Akan Wajib Digunakan

Menurut berita terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan semua syarikat kenderaan terpakai menggunakan sistem baru bagi penjualan kenderaan terpakai. Sistem ini diberi nama e-Tukar Milik Sementara dan diwujudkan dengan tujuan untuk melindungi kepentingan pengguna atau pemilik kenderaan yang menjual kenderaan mereka kepada syarikat kenderaan terpakai.

Sistem yang diperkenalkan sejak Disember tahun lalu selepas banyak aduan orang ramai tentang masalah kenderaan mereka yang telah dijual kepada syarikat kenderaan terpakai. Banyak kes seperti masih menerima saman, aduan jenayah dan sebagainya. Mengikut sistem baru ini, transaksi pertukaran hak milik kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ.

Bayaran RM10 dikenakan bagi proses pemindahan nama ini. Satu borang perlu ditandatangani dan diberi kepada JPJ untuk tindakan lanjut. Syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan sehinggalah dijual kepada pembeli baru.  Harap lepas ni tak ada lagi masalah kepada pengguna yang menjual kenderaan kepada syarikat kenderaan terpakai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge