GameNow WP Theme

Dark Light
FAM Meluluskan 26 Pemain Import

FA1 FAM Meluluskan 26 Pemain Import

JAWATANKUASA Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meluluskan seramai 26 pemain import bagi mewarnai arena bola sepak Malaysia menjelang musim depan.

fam2 FAM Meluluskan 26 Pemain Import

FAM dalam satu kenyataan, berkata jawatankuasa yang bermesyuarat semalam menimbangkan permohonan 35 pemain import daripada persatuan dan kelab yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana.

FAM FAM Meluluskan 26 Pemain Import
Keputusan untuk memberi kelulusan kepada 26 pemain itu dibuat berdasarkan kepada syarat ditetapkan Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (Fifa).

 

“Daripada jumlah itu, 26 pemain diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga Sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima,” menurut kenyataan itu. Syarat itu menetapkan status pemain ditentukan oleh kelab terakhir disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah, pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia, pemain mestilah dari Divisyen 1 ke atas.

Antara pemain yang mendapat kelulusan FAM untuk beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana adalah Marlon Alex James dan Bruno Martelotto dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Esseh Sodjine Sougan Adah (Johor), Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Kedah), Mohamad Ghaddar, Dennis Agayare dan Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan) dan Ramez Dayoub (Selangor).

Sementara itu, empat pemain – Daniel Soares Neves (Kedah), Mbele Lelo (Selangor), Evans Chusilo (MP Muar) dan Christian Contes (Perlis) – diluluskan secara bersyarat. Bagaimanapun, permohonan pemain Terengganu, Tercio Nunes Machado dan Oladimeji Mathew Talabi dari pasukan kelab Negeri Sembilan, Betaria FC, yang juga pendatang baru dalam Liga Perdana, ditarik balik. Jawatankuasa itu juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab tidak memenuhi syarat FAM yang mengikuti piawaian Fifa.

Mereka ialah Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan Helmi Loussaief (Selangor PKNS).

pixel FAM Meluluskan 26 Pemain Import
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


No comments currently exist for this post.
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta