Fatimah Anis dipercayai maut gara-gara cemburu

Seorang wanita, Nur Fatimah Anis Md Radzi, 17,dipercayai maut gara-gara cemburu di Kampung Alor Gelagah, Alor Star  Kedah. Difahamkan mangsa mati akibat hentakan objek tumpul di kepala dan sehubungan itu polis menahan suaminya yang berusia 20 an dan 2 0rang yang lain.

Menurut seorang jiran terdekat,  dia terdengar pertengkaran pasangan suami isteri itu pada pukul 2 pagi. Antara kata-kata yang didengar jiran tersebut “Aku bukan nak bunuh hang (kau), aku nak ajar hang.”

“Saya bangun, buka tingkap dan dengar suara orang bergaduh. Saya dengar suara seorang lelaki sedang memaki-hamun seorang perempuan. Saya juga dengar perempuan itu mengadu sakit dan meminta air,” katanya.

Katanya, pasangan itu kemudian keluar dengan motosikal dan pulang semula tidak lama kemudian dengan diikuti seorang lelaki, yang turut menunggang motosikal.

Difahamkan kedua lelaki itu juga bergaduh di luar kawasan rumah tersebut sebelum Nur Fatimah dihentak dengan objek keras. Menurut jiran itu, suami wanita itu membawa isterinya masuk ke dalam rumah dan selepas itu dia tidak lagi dengar bunyi bising.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian

Anggota polis mengangkat keluar jenazah Nor Fatimah Anis – foto Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Fatimah Anis dipercayai maut gara-gara cemburu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge