Gajah liar musnahkan tanaman sawit peneroka Sungai Tekam Utara

Sekumpulan 10 ekor gajah liar yang dikatakan sering menceroboh ladang sawit penduduk di FELDA Sungai Tekam Utara telah menimbulkan kebimbangan Lebih 500 peneroka.

Gajah-gajah itu didakwa telah mula menceroboh ladang penduduk sejak Januari lepas.Hingga setakat ini lebih 2,000 pokok sawit matang dan baru ditanam semula, musnah akibat serangan gajah itu membabitkan kerugian lebih RM300,000.

Dikatakan juga Peneroka telah menggunakan pelbagai cara untuk mengusir gajah-gajah liar itu seperti menggali parit, memasang kawat berduri dan elektrik serta menyalakan unggun api .

“Selagi haiwan itu tidak ditangkap atau dipindahkan, peneroka takut untuk ke ladang kerana bimbang bertembung dengan kumpulan haiwan itu yang boleh mengancam keselamatan mereka,” kata Mohd Rashid Abas, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Tekam Utara.

gajah
Gambar Hiasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge