Gelagat tunggu hari kiamat

Hari ini iaitu 21 Disember 2012 ada segolongan orang percaya kiamat akan berlaku. Berikutan itu dibeberapa negara macam-macam gelagat berlaku.

Di China, pihak berkuasa disana telah menangkap hampir 1,000 orang dalam operasi memburu sebuah kumpulan Kristian yang dikenali sebagai Tuhan Maha Besar yang menyebarkan khabar angin tentang hari kiamat ini. Gerakan membanteras  kumpulan ini telah bermula minggu lepas.

Di Kootwijkerbroek, Belanda, seorang penduduk, Pieter Van Der Meer menyediakan sebuah bot penyelamat di pekarangan rumahnya. Difahamkan bot itu mampu menyelamatkan 35 orang jika kiamat berlaku pada hari ini.

Di pekan Bugarach, selatan Perancis, bagi mengelakkan kebanjiran pengunjung, pihak polis mengawal laluan masuk ke Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter yang dikatakan akan terbuka pada hari ini.

Di Moscow, Rusia, sebuah kubu bawah tanah yang digunakan semasa Perang Dingin yang lalu akan menjadi lokasi sebuah parti selama 24 jam bagi meraikan kedatangan hari kiamat.

Kubu itu sedalam 56 meter dan tiket untuk masuk ke kubu tersebut berharga AS$1,000 (RM3,056).

Di Kampung Sirince, barat Turki, sejumlah polis berkawal dijalan-jalan disana bagi menangani kebanjiran pengunjung. Sesetengah orang percaya ibu Nabi Isa, Mariam dipercayai pernah tinggal di situ dan kampung itu merupakan satu-satunya tempat yang tidak akan terjejas dengan hari kiamat.


Kenderaan polis menuju ke Gunung Pic de Bugarach di pekan Bugarach, selatan Perancis kelmarin. – dari Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge