Hadiah Pet Pet Bernilai RM1.2 Juta

Syarikat pengeluar lampin bayi pakai buang jenama Pet Pet ingin  memberi hadiah bernilai RM1.2 juta kepada rakyat Malaysia yang bertuah. Hadiah ini adalah dari program ‘Mula Selesa Mudah Sentiasa’ yang diadakan untuk membantu ibu menempuhi peringkat awal alam keibuan. Bantuan ini adalah bentuk perlindungan insurans percuma yang bernilai RM12,000 selama setahun.

Selain itu, Pet Pet juga akan memberikan lampin pakai buang Pet Pet percuma kepada 100 pembaca Harian Metro bertuah yang ada anak berusia baru lahir hingga 3 bulan. Tetapi untuk dapatkan hadiah ini kenalah mengunjungi Karnival Gegaria Harian Metro di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka. Karnival ini berlangsung pada 17 dan 18 Disember ini.

Untuk mendapatkan hadiah lampin dan insuran tersebut, pengunjung perlu mengisi informasi diri pada kupon yang disediakan dan menyertakan sekali salinan surat beranak bayi. Selain dari hadiah di karnival tersebut, hadiah ini juga boleh didapati kebanyakan hospital di seluruh negara yang menyertai program Pet Pet  ‘Mula Selesa Mudah Sentiasa’ ini.

Jadi kepada yang ada baby tu leh usha2 karnival dan hospital berdekatan k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge