Hanya Jadi Pak Sanggup.

by The Twelve on March 28, 2009

Masih ingat kisah budak 13 tahun menjadi bapa? Kalau tak ingat, sila klik SINI. Mengikut sumber terkini dari surat khabar, budak tersebut hanya jadi pak sanggup, kerana si wanita telah berlaku curang terhadapnya.. haha. macam-macam hal la kan. Di bawah adalah petikan berita untuk kisah tersebut.

LONDON – Pak sanggup. Itulah yang terjadi kepada seorang remaja di sini, Alfie Patten yang sebelum ini yakin dia menjadi bapa ketika berumur 12 tahun tetapi kemudian mengetahui bayi berkenaan bukan darah dagingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Keputusan itu diperoleh berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Patten yang kini berumur 13 tahun selepas enam remaja lelaki mendakwa mereka turut tidur dengan ibu bayi berkenaan, Chantelle Stedman, 15.

Ujian DNA membuktikan bahawa Alfie bukan bapa kepada bayi perempuan itu, Maisie Roxanne.

Kebenaran itu memberikan tamparan hebat buat Alfie kerana sebelum ini dia benar-benar percaya Maisie mengandungkan anaknya selepas mereka mengadakan hubungan seks.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran Alfie bahawa Chantelle sanggup curang terhadap dirinya. Dia amat kecewa apabila ramai pelajar lain mengaku pernah meniduri teman wanitanya,” kata ibu pelajar lelaki tersebut, Nicole, 43.

Chantelle hamil sewaktu berumur 14 tahun selepas dia terlupa mengambil pil perancang keluarga pada Mei tahun lalu tetapi memutuskan untuk tidak menggugurkan kandungannya.

Sebelum ini skandal kedua-dua pelajar itu menggemparkan Britain selepas berita mengenainya terpampang di dada akhbar-akhbar negara berkenaan pada bulan lepas.

The Twelve
View all posts by The Twelve
Fitris website
Blog Widget by LinkWithin

{ 10 comments… read them below or add one }

iza March 28, 2009 at 10:23 am

haha.alah..ciannye.. :teruja:

qaseh March 28, 2009 at 11:32 am

a’ah…cian dia :nangis2:

G-kin March 28, 2009 at 6:43 pm

Remember that “budaya barat” ni amatlah perit. Dah la dapat dosa, sakit hati lagi… :waa:
G-kins last blog post..Tonight: Earth Hour – VOTE for Earth

KampungBoy March 29, 2009 at 5:32 pm

Skang nie…….dah makin pelik mat2 saleh

KampungBoys last blog post..Pakat Sokong Program Earth Hour

dr.oracle March 29, 2009 at 10:04 pm

hehe, kesian tul.. tul laa padah bergilfren2 nie.. baik takde gilfren, senang idup.. huhu

dr.oracles last blog post..Jiwang Seorang Geek (part 2)

aliena91 April 5, 2009 at 5:49 pm

:comel:iskh3x…don’t gatai2 na…

aliena91 April 5, 2009 at 5:51 pm

aper r owg cmni…astarfirullah…. :super:

kidz July 2, 2009 at 2:08 pm

ala kat malaysia pun 2×5 jer
kes bwang bayi kan ramai..lg lah truk

kalo yg bela ank haram ni pun ramai jgk per..kalo kuar paper igt malaysia ni top per coz budak pompuan umo 12 tahun pun dah ngandong

bella November 20, 2009 at 8:53 pm

jht tol :jahat:
tak ptt lah :dsadasccc:

INDON BANGSA BODOH February 11, 2010 at 8:09 pm

hahahaha….PAK SANGGUP …!!!!… :study:

Leave a Comment

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »

CommentLuv Enabled