Harimau Malaya Mula Mengatur Langkah.

Akhirnya,ternoktah juga kemarau Harimau Malaya memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan sejak 2007 apabila berjaya menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mongkok,Hong Kong malam tadi.Kemenangan tersebut juga sudah pastinya akan menutup mulut pengkritik yang sebelum ini meragui percaturan jurulatih kebangsaan,Datuk K.Rajaobal.

Harimau Malaya bermula garang dalam perlawanan malam tadi,namun percubaan awal Mohd Safee Sali pada minit ke-21 terus ke dakapan penjaga gol Hong Kong,Yapp Hung Fai.Peluang terbaik pelawat memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-36 namun rembatan pemain sayap,S.Kunalan sekadar singgah di palang gol hasil satu sepakan penjuru.Hung Fai sekali lagi bertindak cemerlang apabila menggagalkan percubaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-39 dan 42.

Nampaknya Harimau Malaya tidak cepat berputus asa apabila kembali garang pada babak kedua.Namun,sekali lagi kecewa apabila tandukan Mohd.Fadhli Shas berjaya dikeluarkan daripada garisan gol pada minit ke-50.Perlawanan dicemari dengan insiden yang tidak diingini apabila Safee dan Hung Fai bertelagah sesama sendiri seminit kemudian sehingga menyebabkan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Ia begitupun tidak menjejaskan fokus Safee yang berjaya memecah kebuntuan apabila dengan tenang menyempurnakan hantaran pendek Kunalan pada minit ke-59.Gol itu jelas merentap semangat anak-anak buah Ernie Merrick yang semakin tertekan apabila beberapa percubaan mereka untuk menyamakan kedudukan berjaya dibaca penjaga gol negara,Mohd.Farizal Marlias.

Pada minit ke-82,sepakan percuma Safiq Rahim melencong terus melepasi jangkauan Hung Fai sekaligus menambahkan lagi tekanan pihak lawan.Pemain gantian,Fakri Saaraini akhirnya melengkapkan mimpi ngeri tuan rumah apabila menyempurnakan hantaran Safiq untuk gol ketiga negara pada masa kecederaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Harimau Malaya Mula Mengatur Langkah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge