Hati-Hati Cari Pasangan di Myjodoh.net, Ada Kasanova Licik

Dilaporkan ada seorang kasanova licik dari Kuala Berang, Terengganu telah memperdaya beberapa wanita di Myjodoh.net .

Lelaki kasanova itu dikenali dengan nama Marzuki berumur 37 tahun,berkulit sawo matang.Dia dikatakan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu.

Ciri-ciri wanita yang diperdayanya ialah berbadan besar, montok, gebu, wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an.

Antara taktiknya ialah menabur janji nak berkahwin dengan wanita itu  sebelum mengebas wang mangsanya.

“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,”kata seorang mangsa, Fatin Amira, umur 20-an yang menjadi mangsa lelaki yang bernama Marzuki itu.


Mangsa Kasanova di Myjodoh.net, dari kiri Fatin Amira dan Salsabila . Mereka telah membuat laporan polis kerana didakwa ditipu seorang kasanova – Foto Kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Hati-Hati Cari Pasangan di Myjodoh.net, Ada Kasanova Licik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge