Ibu kanak-kanak ditetak trauma

Dilaporkan ibu kepada kanak-kanak yang maut ditetak ibu saudaranya di Baling 2 hari lepas kini mengalami trauma dan sedang mendapat rawatan di Hospital Kulim berikutan kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

Difahamkan ibu kanak-kanak tersebut, Faizah Idris, 30, masih dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. Walaupun masih belum sihat sepenuhnya, pihak hospital membenarkannya pulang ke rumah semalam untuk membolehkannya ke majlis pengebumian anaknya.

Berikutan kejadian tragis itu dia hanya terbaring akibat masih trauma dan terkejut.

Sementara itu menurut datuk mangsa, Idris Kamis Hanafi, 70, memberitahu pada hari kejadian dia yang baru pulang dari menoreh getah terdengar bunyi riuh rendah di luar rumah.

Dia kemudiaan terkejut apabila mendapati Faizah dalam keadaan berdarah dan sedang meleraikan kejadian itu. Menurutnya lagi dia kemudian memegang suspek sementara menanti bantuan dari keluarga yang lain.

“Hancur luluh hati saya apabila melihat Muadz dalam keadaan terkulai di beranda rumah, darah di merata tempat sehingga sampai ke siling,” kata Idris Kamis yang masih bersedih.

Gambar Suami Faizah (pegang telefon bimbit), Mohd Khizwani Kasbi dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling, Nazatul Iffah Abdullah. Difahamkan nanti  JKM akan menyediakan khidmat kaunseling kepada Faizah – foto Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge