Imam Surau Mati Dibunuh.

Seorang penduduk,Zulkifli Mat menunjukkan tempat Abdullah ditemui mati.

Kejadian ini berlaku di Kampung Gual Petai Lima,Gual Ipoh dimana seorang warga emas ditemui mati dibunuh.Mayat Abdullah Nawang ditemui pada pukul 6 pagi oleh dua jemaah wanita yang mahu menunaikan solat Subuh di surau tersebut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah selepas kepala mangsa disyaki dipukul dengan objek keras.

Mangsa mungkin diserang oleh seorang lelaki yang mempunyai masalah mental ketika dia sedang menunaikan solat sunat sementara menunggu jemaah lain tiba.Suspek berusia 57 tahun itu pernah menjalani rawatan sebelum ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah,Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud suspek yang pernah mengganggu penduduk sebelum ini diberkas di sebuah kedai kopi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7.30 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge