Isteri Dibunuh,Suami Ditahan

Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah semalam.Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan Nor Fatimah Anis Md.Radzi mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.

Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.Ketika kejadian,ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.Polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.

Sebelum kejadian,pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.Sebaik tiba di rumah,suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh.Semasa pergaduhan itu,mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras manakala lelaki itu kemudian beredar sementara suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.

Pihak polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan dimana kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an.Dua daripada lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.Sementara itu,salah seorang ahli keluarga mangsa memberitahu,dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge