Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami

Dilaporkan seorang isteri sanggup menyihir suami sendiri dengan menggunakan darah haidnya dan air mani gajah. Dikatakan isteri itu bebuat demikian supaya suami menurut segala perintahnya dan dia pula bebas melakukan apa saja yang diinginkan.

Tidak cukup dengan itu, isteri terkutuk itu turut menggunakan tangkal pengikat nafsu, minyak pengasih dan wafak supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Difahamkan juga bagi memastikan kemujaraban , tangkal darah haid itu dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila suami malang itu meminum air sihir tersebut, dia menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menjadi pak turut, mengalami sakit kepala, sakit badan serta jiwa tidak tenteram.

Kisah ini terjadi kepada seorang lelaki yang mahu dikenali dengan nama Halim, berumur dalam lingkungan 30-an yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor. Dia dikatakan telah disihir isterinya sejak 5 tahun lalu.

Selepas mengetahui dirinya telah disihir, Halim telah berjumpa dengan 4 orang bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir yang terkena pada dirinya itu.

Walaupun diperlakukan sedemikian , Halim masih lagi sayangkan isterinya demi anak mereka .

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah. Buat sementara ini juga saya masih bercuti di kampung untuk memulihkan semangat,” kata Halim.


Mangsa – Halim ketika menceritakan kisahnya kepada penulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge