Jadual Peperiksaan SPM 2011

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2011 akan berlangsung tidak lama lagi. Pasti adik-adik yang bakal menduduki SPM ni sudah membuat persedian rapi untuk menjawab soalan-soalan yang senang tu kan :) Saya membuat entri ini khas untukcalon-calon SPM untuk menyemak Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2011 ini.

Menurut keratan akhbar tempoh hari.Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.

Jumlah keseluruhan calon SPM 2011 adalah seramai 468,808 terdiri daripada :

  • Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seramai 412,028

  • Calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran (contoh : MRSM) seramai 7,155
  • Calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 7,925
  • Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran seramai 10,750
  • Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 1,737
  • Calon Persendirian seramai 29,213

 

Ps : Jom Download Jadual Peperiksaan SPM 2011 << DI SINI >>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge