Kamera AES berkuat kuasa esok

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dilaksanakan JPJ di 14 lokasi penting sekitar Selangor, Perak, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.

Ini merupakan fasa pertama perlaksanaanya dan pelaksanaan kamera AES diseluruh negara akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan 817 lokasi.

Pelaksanaan sistem kamera AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya, kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.
Kakitangan Unit Teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan memasang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuh Sentosa, Putrajaya baru-baru ini.

Papan Tanda Kamera AES

Pemandu boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut.

Untuk kesalahan memandu melebihi had laju, signboard akan diletakkan dalam lingkungan 2 hingga 3 kilometer dari lokasi kamera AES dipasang dan untuk kesalahan melanggar lampu isyarat, signboard akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge