Kanak-Kanak 6 Tahun mati Didera Ayah Mi

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun didera seorang buruh bergelar ‘Ayah Mi’ hingga mengakibatkannya mati hanya kerana dikatakan kanak-kanak itu tidak mahu belajar dalam kejadian di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas di sini Ahad lalu.

Mangsa Noor Sofia Syaqira Abdullah, meninggal dunia selepas beberapa organ dalamannya seperti usus dan paru-paru gagal berfungsi. Seluruh badannya juga dipenuhi kesan lebam akibat perbuatan itu.

Ibu saudara yang juga ibu angkatnya berusia 35 tahun kini ditahan polis manakala kekasihnya yang dikenali sebagai Amiezul Al-Ikram Mohamed, 32, berasal dari Gombak, Selangor menghilangkan diri selepas kejadian. Buruh itu kini dicari polis.

“Penderaan teruk itu berlaku malam Sabtu lalu apabila suspek naik angin selepas mendakwa Sofia tidak mahu belajar. Ketika tidur, ibu angkat kanak-kanak itu mendapati mangsa berada dalam kesakitan selain nafasnya tidak teratur dan lemah pada pukul 2 pagi.

“Dua jam kemudian, dia mendapati kanak-kanak itu tidak bernafas sebelum menghubungi bapa kekasihnya. Sebaik tiba, lelaki itu terus membawa mangsa ke hospital sebelum doktor mengesahkan Sofia telah meninggal dunia,” kata Suprintendan R. Gunarajan .

Dilaporkan, pasangan ini baru berpindah ke sini dari Gombak, Selangor. Mereka berbuat demikian kerana Amiezul yang mempunyai 12 rekod jenayah berkaitan samun dan dadah selain dikehendaki bagi empat kes jenayah lain ingin mengelakkan diri daripada ditahan polis.


Rumah tempat kanak-kanak 6 Tahun mati didera didapati tiada orang ketika seorang wartawan Kosmo membuat tinjauan kesana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge