Kanak-kanak Bina Loji Nuklear.

by The Twelve on June 24, 2009

Ini adalah kisah benar yang dipetik dari isu semasa. Loji nuklear yang di bina oleh kanak-kanak tersebut telah membuat pihak polis dan bomba gelisah tak tentu arah. Ini mungkin sebab pendedahan terhadap perkara tersebut mampu mendorong kanak-kanak membuat perkara diluar jangkaan kita. Adakah kanak-kanak itu bijak? atau pengaruh televisyen?

nuklear 300x166 Kanak kanak Bina Loji Nuklear.

BERLIN – Dua kanak-kanak berusia enam tahun membina sebuah replika model loji nuklear mini yang menyebabkan polis dan bomba Jerman menutup lokasi tempat replika itu dibina, kata pihak berkuasa semalam.

Kanak-kanak sekolah di bandar Oelde itu membina sebuah model loji reaktor nuklear daripada bekas peralatan komputer dengan pita pelekat cetakan Internet yang menyatakan: ‘Amaran Radioaktif’.

“Apabila kanak-kanak lelaki itu kembali ke lokasi permainan itu, mereka dihalang memasukinya,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Penduduk setempat diarahkan tidak meninggalkan kawasan rumah masing-masing manakala anggota bomba melakukan pemeriksaan bagi mengesan kebocoran bahan radio aktif.

Ibu kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis bagi menjelaskan anak mereka tidak berhasrat untuk membina reaktor nuklear yang sebenar. – AFP

Walaupun sekadar replika, memang menakutkan kalau melibatkan nuklear. :nangis2:

The Twelve
View all posts by The Twelve
Fitris website
Blog Widget by LinkWithin

{ 5 comments… read them below or add one }

qaseh June 24, 2009 at 2:14 pm

dasyat tul.. :bye:
weh…nk nanye neh sesape yg bole g tau…camne ar H1N1 tu jangkit kt manusia?bukan pe…kt depan ofis aku neh ada tempat sembelih (x sah) menatang kaler pink tu…risau aku :panic:
seminggu ada ar 2, 3x diaorg bw menatang pink tu utk semelih

safar June 24, 2009 at 10:17 pm

:panic: Tolong ada loji nuklear. bom bom bom bom meletup dah :bye:

printable fake money for kids June 25, 2009 at 1:54 pm

kreatif budak2 tu, polis pulak yg gelabah

zack_kie2004 September 16, 2009 at 3:16 pm

cayalah…. nnti boleh la wat loji tandas pulak..

AdikSinga February 20, 2010 at 12:06 am

Polis yu memang bengong :korek:

Leave a Comment

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »

CommentLuv Enabled