Kanak-kanak ditemui di bawah mayat

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun warga negara Britain telah bersembunyi selama lapan jam di bawah 2 mayat ahli keluarganya yang mati ditembak di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta BMW di kawasan pergunungan Alps di Perancis kelmarin.

Turut ditemui berdekatan tempat kejadian adalah kakak kepada kanak-kanak tadi yang berusia sekitar tujuh tahun.Budak itu kini dirawat di sebuah hospital tempatan kerana cedera ditembak manakala tengkoraknya retak.

Dilaporkan Kanak-kanak perempuan yang terselamat itu bersembunyi di bawah kaki ibunya.Antara yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada ibu, bapa, nenek kanak-kanak itu dan seorang penunggang basikal warga tempatan.


Beberapa anggota polis Perancis mengawal lokasi kejadian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge