Kanak-kanak maut ditetak ibu saudara

Dilaporkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.

Kejadian ini berlaku di rumah datuknya. Mangsa yang tinggal di Arau, Perlis dan berkunjung ke rumah datuknya sejak petang kelmarin ditetak dengan sebilah parang di kepala, tangan dan leher oleh ibu saudaranya yang berusia 36 tahun .

Mangsa, Muhammad Muaz Mohd. Izwani mati ketika dikejarkan ke Hospital Kulim. Ibu mangsa yang cuba menyelamatkan anaknya juga turut cedera di bahagian leher dan tangan.

Difahamkan Ibu saudara mangsa menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu. Dia kini ditahan reman polis selama 7 hari bagi membantu siasatan.

“Suspek sebelum ini memang mempunyai rekod dan pernah beberapa kali dirawat termasuk di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan,” kata Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan.


Dirumah inilah Muhammad Muaz mati ditetak ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar, Baling semalam. – foto Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Kanak-kanak maut ditetak ibu saudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge