Kate Middleton Hamil

Isteri kepada Putera William,Kate Middleton terpaksa bermalam di hospital untuk dirawat akibat alahan mengandung yang teruk selepas pengumuman bahawa pasangan diraja berkenaan dijangka menyambut anak pertama mereka.Keluarga diraja Britain itu mendedahkan berita gembira tersebut pada Isnin,sekali gus menamatkan spekulasi hangat mengenai bayi yang bakal menjadi raja Britain sama ada ia lelaki atau perempuan.

Ratu Elizabeth II dan seluruh keluarga diraja nyata gembira dengan berita kehamilan Kate.William dan bapanya,Putera Charles telah melawat Kate di Hospital King Edward VII di tengah London.Bayi itu bakal menjadi pewaris takhta diraja Britain selepas Charles dan William tanpa mengira jantinanya berikutan kerajaan Britain mahu menggubal undang-undang lama yang sebelum ini memberi keutamaan kepada pewaris lelaki.

Menurut sumber istana,pasangan tersebut baru sahaja menyedari kehamilan Kate.Agensi berita The Press Association melaporkan kehamilan itu masih belum memasuki minggu ke-12,tetapi pengumuman itu didorong oleh kondisi perubatan Kate.Kate dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana mengalami hypermesis gravidarum,iaitu alahan teruk yang memerlukan hidrasi dan nutrien tambahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge