Kejam!

Bapa Syed Rasikin,Syed Ismail(kiri) dan isteri,Asimas di pusara Syed Rasikin di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang,Klang

KEJAM!!Dua lelaki warga kemboja tergamak memukul dan mencekik seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga mati hanya kerana diejek gila oleh kanak-kanak tersebut.Kemudian mayat kanak-kanak itu dibungkus lalu dicampak dalam semak di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Udang,Klang.

Mayat Syed Rasikin Syed Ismail ditemui bapanya yang berumur 35 tahun kira-kira pukul 10 malam ketika gerakan mencari anak tunggalnya bersama penduduk kampung dijalankan selepas dia didapati tidak pulang ke rumah pada pukul 7 malam.Syed Rasikin dilihat kali terakhir oleh ibunya,Asimas,30,pada pukul 6 petang semasa anaknya bermain di kawasan rumahnya.

Ibu bapa mangsa juga merupakan warga Kemboja dan difahamkan mereka mengenali suspek kerana bekerja bersama sebagai tukang jahit di sebuah rumah.Ketika gerakan mencari dijalankan,kedua-dua suspek turut berpura-pura membantu mengesan mangsa.Ketua Polis Daerah Klang Selatan,Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata,mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Menurut beliau,seorang jiran yang mencurigai kematian itu telah menghubungi polis dan siasatan mendapati ada unsur jenayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge