Kena Belasah Sebab Facebook.

Tempat dimana seorang wanita dibelasah sekumpulan sembilan individu di Jalan Kepong Isnin lalu.

Hanya kerana komen negatif di facebook seorang gadis berumur 18 tahun cedera dibelasah.Mangsa dikatakan memberi komen yang kurang menyenangkan ke atas gambar seorang gadis di laman sosial Facebook.Mangsa yang bekerja di sebuah salon itu cedera dibelasah sekumpulan sembilan individu dalam kejadian di sebuah perhentian bas di Jalan Kepong.

Kejadian pukul 12.35 tengah malam itu berlaku ketika gadis berusia 18 tahun bersama suami,adik lelaki dan dua rakan lelakinya pergi ke tempat tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi untuk bertemu gadis berkenaan yang ditemani seorang lelaki dan empat wanita.

Gadis itu dan rakannya datang dengan menaiki tiga buah kereta jenis Proton Persona,Nissan Sunny dan Toyota Vios.Difahamkan,suspek berang selepas mangsa dikatakan telah mengutuk gambar yang dimuat naik di laman popular tersebut sedangkan rakan-rakan lain memujinya.

Akhirnya perbincangan itu gagal mencapai kata persetujuan sebelum gadis yang mendakwa dihina mangsa telah menghubungi empat lagi supaya datang ke tempat pertemuan.

Jadi kepada anda,berhati-hatilah ketika menulis komen selepas ini kerana bukan sebab mulut sahaja badan binasa tapi kerana komen pun badan binasa juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge