Keputusan Malaysia vs Kemboja Sukan Sea 2011

Petang ini adalah perlawanan ketiga buat skuad bola sepak Malaysia di Sukan Sea 2011 ini apabila bakal turun menentangKemboja di peringkat kumpulan AKemboja yang membuka perlawanan pertamanya dengan menentang Indonesia telah tewas dengan jaringan besar yang memalukan iaitu  6 -1. Selepas perlawanan itu Kemboja cuba bangkit ketika menentang Singapore tetapi tewas 2-1 walaupon berjaya menjaringkan gol. Malaysia pula perlu berhempas pulas mengutip tiga mata ketika menentang Thailand apabila hanya seri ketika aksi pembukaan menentang Singapura menjadikan Malaysia menduduki tempat kedua di belakangIndonesia yang menang kesemua perlawanan.

Hari ini mungkin boleh dianggap seperti perlawanan akhir kerana jika malaysia tidak berjaya mengikat Kemboja yang dikatakan pasukan yang paling lemah dalam kumpulan A, peluang untuk kita mara sangat lah tipis. Seperti yang semua sedia maklum, tindakan indonesia yang menyulitkan kontinjen Malaysia di sana seolah-olah sengaja menjadikan jalan buat kita semakin sukar. Stadium Gelora Bung Karno hari ini pasti menjadi tempat kebangkitan Kemboja bagi membersihkan aib yang melanda pasukan itu apabila tidak berjaya mengutip sebarang mata.

 

Aksi ketika menentang Thailand nampak lebih mantap, lagi-lagi pemain muda negara Muhamad Nazmi Faiz berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan. pemain yang berusia 17 tahun itu mengalami sedikit kecederaan ketika perlawanan itu. Tetapi sudah mula berlatih bersama pasukan selepas sehari berehat. Ramai penyokong berharap Muhamad Nazmi Faiz akan mengisi bahagian tengah pasukan selepas pemain muda itu berjaya membantu pasukan menewaskan Thailand. Jika tidak mungkin Gurusamy akan mengisi semula kekosongan itu pada aksi Malaysia vs Kemboja Sukan Sea 2011 ini.

Keputusan Malaysia vs Kemboja Sukan Sea 2011 akan di update di page ini dari semasa ke semasa di > Keputusan Malaysia vs Kemboja  Sukan Sea 2011

One thought on “Keputusan Malaysia vs Kemboja Sukan Sea 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge