Keputusan Malaysia vs Myammar 19 November 2011

Tahniah skuad bola sepak malaysia kerana berjaya melangkah ke separuh akhir dengan rekod tanpa kalah di sukan sea 2011 ini. Malaysia yang datang sebagai juara bertahan telah membuktikan kehebatannya dengan menutup tirai perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang Indonesia dengan 1 – 0. Kemenangan ini pastinya menyemarakkan lagi semangat pemain malaysia untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lepas.

Keputusan Malaysia vs Myammar Sukan Sea 2011

Keputusan Malaysia vs Myammar Sukan Sea 2011

Walaubagaimanapun, misi Malaysia semakin sukar di peringkat separuh akhir sukan sea 2011 ini apabila jurulatih Ong Kim Swee tidak dibenarkan berada di bahagian teknikal ketika perlawanan berlangsung. Keputusan rayuan yang dibuat sebelum ini telah memberi denda kepada OKS kerana membantah keputusan pengadil ketika perlawanan Malaysia vs Indonesia.

Kim Swee ternyata berang dengan tindakan Fahad yang hanya melayangkan kad kuning kepada pemain Indonesia, Ramdani Lestaluhu selepas melakukan terjahan keras terhadap Syahrul Azwari Ibrahim penjaring gol tunggal Harimau Muda kelmarin. Dengan tindakannya itu, OKS juga tidak dibenarkan menggunakan walkie- talkie pada perlawanan petang ini dan hanya boleh berkomunikasi dengan pembantu beliau melalui nota.

Saat yang getir untuk pasukan Malaysia pada petang ini namun diharapkan para pemain bersedia jiwa dan mental kerana perlawanan petang ini cukup penting.Keputusan Malaysia vs Myammar Sukan Sea 2011 akan diupdate di sini << Keputusan Malaysia vs Myammar Sukan Sea 2011 >>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge