Keputusan Malaysia vs Singapore Sukan Sea 2011

Hari ini adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh penyokong sukan bola sepak di Malaysia. Seperti yang dimaklumkan, jadual perlawanan bolasepak Sukan Sea 2011 Indonesia telah ditukar 2 hari lebih awal iaitu pada 7 November 2011. Perlawanan pertama Malaysia yang berlangsung pada pukul 4.45 petang ini akan menyaksikan perlawanan yang boleh dikatakan panas apabila skuad Malaysia turun menentang Singapore yang diundi dalam kumpulan A. Rasanya masih lagi segar diingatan penyokong Malaysia aksi kelayakan piala dunia tempoh hari apabila kita tewas di tangan Singapore ditambah pula dengan kelakuan pemain Singapore yang mengejek pasukan Malaysia. Hari ini mungkin juga boleh dianggap misi balas dendam terhadap kekalahan itu.

 

Walaubagaimanapun anak buah Ong Kim Swee pastinya sedikit tertekan apabila turun selaku juara bertahan selepas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau selama dua dekad di Vientiane, Laos dua tahun lalu. Selain Singapura, Indonesia dan Kemboja, turut bersama Malaysia di dalam kumpulan maut itu pada temasya kali ini ialah gergasi Asia Tenggara, Thailand.

 

keputusan Malaysia vs Singapore sukan sea 2011

keputusan Malaysia vs Singapore sukan sea 2011

Berikut merupakan jadual perlawanan pasukan Harimau Muda Sukan SEA 2011 bagi kumpulan A

7 November 2011 – MALAYSIA VS SINGAPORE (17:00)

9 November 2011 – MALAYSIA VS THAILAND (17:00)

11 November 2011 – INDONESIA VS SINGAPORE (15:00)

13 November 2011 – MALAYSIA VS KEMBOJA (17:00)

17 November 2011 – INDONESIA VS MALAYSIA (20:00)

Perlawanan yang dinantikan ini akan disiarkan secara siaran langsung di kaca tv melalui saluran RTM 1 pada pukul 4.45 petang ini.

Bagi yang tidak dapat menonton di’kaca tv anda boleh menyaksikan di internet melalui live streaming RTM 1 dengan melayari tajuk link yang berada di blog >> http://myblogsantai.com

Jom mengetahui senarai pemain yang dijangka beraksi pada perlawanan ini dan Keputusan Malaysia vs Singapore Sukan Sea 2011 di link ini

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Keputusan Malaysia vs Singapore Sukan Sea 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge