Keputusan Semasa Malaysia vs Bahrain 27 November 2011

Bulan ini jadual perlawanan pasukan Harimau Muda begitu padat sekali dengan perlawanan-perlawanan penting sehinggakan pemain tidak mendapat rehat yang cukup. Dengan aksi cemerlang tanpa tewas di temasya sukan sea 2011 yang menyaksikan anak buah Ong Kim Swee berjaya mempertahankan ibu segala emas yang menjadi rebutan itu.

Mungkin faktor kepenatan inilah yang menjadi antara punca kekalahan Malaysia di tangan Syria pada rabu lepas ditambah pula dengan kecederaan yang membelenggu pemain ketika itu. Tetapi untuk menentang Bahrain ini skuad Ong dikatakan sudah lengkap kembali dengan kecederaan semakin pulih dan pemain juga kembali cergas. Diharapkan juga Ahmad Fakri Saarani akan menunjukkan belang sebenar beliau selepas teruk dikutuk penyokong sendiri jika diturunkan malam ini.

Perlawanan malam ini tentunya menarik dengan kedua-dua pasukan ini mahu menang selepas tewas dua perlawanan sebelum ini dengan Syria dan Jepun. Bahrain yang tidak berjaya juga mengutip sebarang mata lagi ini sememangnya mahu muncuri  mata penuh di laman malaysia malam ini.

Tetapi hasrat Bahrain itu mempunyai jalan yang sukar kerana Malaysia juga mahukan kemenangan untuk menhidupkan peluang ke Olimpik 2012 nanti. Malaysia akan turun dengan kesebelasan terbaiknya malam ini bagi mengutip 3 mata penuh sekaligus mahu menyingkirkan Bahrain dalam saingan kumpulan C ini dengan harapan Jepun berjaya mengalahkan Syria.

Perlawanan malam ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada pukul 8:45 malam. TV1 dan Astro 813 akan membawakan perlawanan tersebut secara langsung.Kami juga akan mengupdate keputusan perlawanan ini dari semasa ke semasa. Berikut merupakan Keputusan Semasa Malaysia vs Bahrain 27 November 2011 :

Keputusan Semasa Malaysia vs Bahrain 27 November 2011

Malaysia 2 – 3 Bahrain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Keputusan Semasa Malaysia vs Bahrain 27 November 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge