‘KERAMAT’ Muncul di Pawagam Hari Ini

Wow..menyeramkan..!! Filem Keramat yang korang nanti-nantikan bakal muncul di pawahgam hari ini. Para pelakon nya adalah Zul Suphian, Mon Ryanti, Rabecca Nur Al Islam, Adey Syafrien, Hairul Azreen, dan Putri Mardiana. Ada yang korang kenal dan ada yang tak kenal kan..tapi takpe lah lepas menonton filem nie korang akan kenal kehebatan diorang..hahaha..

Okay..kat sini disertakan butir-butir lengkap mengenai filem ini untuk memuaskan hati korang yang ingin mengetahui,,ok..

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Tarikh Tayangan : 12 Januari 2012
Durasi : 82 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Pelakon: Zul ‘Handy Black’ Suphiaan, Mon Ryanti, Rabecca Nur Al Islam, Adey Syafrien, Hairul Azreen dan Putri Mardiana

Nak sinopsis..boleh saja..dengarkan ya..

Pasa zaman dahulu,tersebutlah sebuah kisah di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampung yang diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini pula, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar batas fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit.

Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Oleh itu sama-samalah kita serbu dan memenuhkan pawagam untuk menyaksikan filem ini ya..?? Ingat mana-mana yang nak membeli dvd tu, belilah yang ori dan bukan yang cetak rompao..bersama-samalah kita menyokong industri filem tempatan..  :lala:

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge