Keuntungan Simpanan Tabung Haji

Pelaburan dalam tabung haji merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keuntungan dalam simpanan. Tabung haji adalah syarikat berasaskan syariah yang menjalankan pelbagai perniagaan. Sejak beberapa tahun ini, simpanan dalam tabung haji memberikan pulangan yang agak menarik.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peratus dividen yang diberikan kepada pelabur atau penyimpan dalam tabung haji adalah dalam lingkungan 6% dan termasuk bonus 2% untuk yang belum menunaikan haji. Jika ada simpanan dalam tabung haji RM10,000 dah boleh dapat dalam RM600 + RM200. Itu boleh dikatakan pulangan yang baik.

Tabung Haji Logo

Selain itu, banyak kelebihan menyimpan dalam tabung haji. Simpanan tabung haji sebenarnya telah dikeluarkan zakat jadi bermakna penyimpan tidak perlu lagi membayar zakat. Ini tidak seperti simpanan ASB yang tidak dibayarkan zakat walaupun pulangannya lebih tinggi. Simpanan tabung haji juga dijamin oleh kerajaan.

Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan lain menyimpan dalam tabung haji. Kelebihan ini akan diceritakan lagi dalam post yang akan datang. So apa lagi, marilah kita menyimpan dalam tabung haji. Simpanan itu juga untuk kita gunakan melakukan ibadah haji suatu hari nanti jika ada rezeki dapat ke sana.

Marilah kita menegakkan syiar islam dan menaikkan sistem kewangan islam.

:-)

Kelebihan Menyimpan Dalam Tabung Haji:

Syiar Islam : Melaksanakan sistem kewangan Islam
Zakat : Zakat perniagaan yang dibayar bagi pihak pendeposit
Halal : Simpanan dilabur menepati tuntutan syarak
Bonus : Bonus yang kompetitif
Pengecualian cukai : Bonus dikecualikan cukai pendapatan
Dijamin : Simpanan dijamin oleh kerajaan
Kekerapan pengeluaran : Pengeluaran wang tanpa had
Walaupun diisytiharkan muflis tp wang tabung haji tidak dibekukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Keuntungan Simpanan Tabung Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge