Kisah Peragut Di Belasah

Jenayah ragut ini seperti tiada penghujungnya. Boleh dikatakan setiap hari mesti ada satu atau dua kes ragut ini berlaku di Malaysia.

Yang lebih memalukan itu, sampai ada pelancong luar negara pun kena ragut oleh manusia yang senang-senang saja ambil rezeki orang ini. Apalah tanggapan pelancong itu nanti terhadap negara kita ini.

Lebih teruk lagi sampai ada kes wanita mengandung pun diragut dan lebih memilukan ada diantara mangsa peragut ini yang menemui ajal disebabkan perbuatan yang tidak perikemanusiaan tersebut.

Disini saya ingin berkongsi 2 kisah yang petik dari Sinar Harian. Kes Pertama seorang peragut tanpa rasa malu telah meminta untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa ragutnya tetapi hasrat itu tidak kesampaian. ikuti laporannya.Kisah ini diceritakan daripada  Izmir Ahmad.

“Aku geram apabila peragut itu meminta tubuh isteri ku hingga aku tekad membelasahnya,” akui Izmir Ahmad.

Cerita Izmir, sebelum itu beg tangan mengandungi telefon bimbit milik isterinya, Izzah telah diragut ketika perjalanan ke sebuah pasar raya berhampiran rumahnya.

“Isteri ku mendail nombor telefon bimbitnya. Ternyata berhasil dan suara lelaki mengangkat talian itu. Izzah meminta lelaki berkenaan memulangkan beg tangannya kerana mengandungi pelbagai dokumen.

Tetapi tanpa segan silu, peragut itu meminta isteri ku mengadakan hubungan kelamin. Izzah menceritakan segalanya kepada ku dan aku segera memasang perangkap dengan mengatakan Izzah sudi menyerahkan tubuhnya.

Aku sendiri menghantar Izzah bertemu peragut itu. Tiba di tempat temu janji, aku dan beberapa rakan ku mengepung lelaki itu. Setelah berjaya menangkapnya, aku dan rakan ku membelasah lelaki kurang ajar tersebut sepuas hati. Itu sebagai pengajaran!” Ketika itu aku sangat geram kerana si peragut yang ingin mencemar maruah isteriku.

Sebagai suami, aku rasa tercabar dan kemarahan itu aku lepaskan dengan memijak-mijak tubuh serta menendang muka si peragut.

Aku bukan membelakangkan undang-undang tetapi jika lelaki lain ditempatku pasti akan bertindak sama. Bayangkan, dia minta tubuh isteriku. Adakah boleh sabar?

Peragut itu mendapat habuannya tatkala dibelasah bukan sahaja aku dan rakan-rakan, tetapi orang sekeliling yang membelasahnya dengan topi keledar, besi dan kayu. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada peragut lain,” ujar Izmir.

Agak keterlalauan bukan sikap peragut itu,dah la ragut harta benda orang kemudian nak puaskan nafsu pulak.

Kisah kedua pula dari saudara Azman.

“Aku juga ada pengalaman membelasah peragut. Ketika itu aku dan beberapa orang awam berada di Puchong, Selangor.

Secara tiba-tiba mendengar jeritan mangsa dan tanpa berlengah kami mengepung dan berhasil menangkap si peragut.

Apa lagi, teruk peragut itu kami kerjakan hingga lunyai,” cerita Azman. Dia beranggapan, peragut itu ialah penagih dadah berdasarkan keadaan fizikal.

Sebelum itu, dia bersama yang lain mengejar peragut tersebut sejauh beberapa meter dan begitu penat berlari.

“Selepas dapat mencapai bajunya, aku biarkan orang lain membelasahnya cukup-cukup. Akhir sekali barulah aku mengambil  bahagian menendangnya bertubi-tubi. Peragut itu lunyai seperti lauk basi dihurung semut. Begitulah kemarahan kami waktu itu,” ujar Azman, berusia 34 tahun.

Katanya, bukan tidak takut undang-undang, tetapi geram kerana peragut sewenangnya  mencuri hasil rezeki orang lain  dan mereka sangat kejam apabila menyebabkan kesengsaraan kepada mangsa bahkan ada yang terbunuh.

“Aku memukulnya untuk pengajaran supaya jangan ambil mudah hal masyarakat dengan menyumbangkan jenayah,” akhiri Azman.

Rasanya undang-undang terhadap kesalahan  jenayah ragut sekarang ini perlu dipinda dengan lebih berat lagi, supaya orang yang ingin melakukannya akan  fikir banyak kali atau rasa takut.

Ataupun yang lebih baik tegakkan hukum Hudud. Apa pendapat anda.

Gambar hiasan –  Peragut dibelasah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge