Menurut berita terkini, pihak pengurusan SMART mengatakan bahawa masalah lebihan sampah menyebabkan peningkatan kos selanggara terowong SMART. Dalam menghadapi masalah sampah ni, pihak SMART terpaksa membelanjakan kira2 RM12 ribu dengan penggunaan sistem perangkap sampah automatik.
Lebihan sampah ni sebenarnya datang dari dua buah sungai yang berkaitan dengan terowong SMART iaitu sungai Ampang dan sungai Klang. Secara anggaran, terdapat kira2 5 tan sampah yang perlu diuruskan setiap hari. Satu jumlah yang agak besar dan sememangnya rakyat Malaysia memang banyak menghasilkan sampah.
Kos ini sebenarnya adalah dari pemberian upah kepada kontraktor khas yang menjalankan kerja2 mengeluarkan lebihan sampah dari sistem perangkap sampah. So sebenarnya kos ini boleh dikurangkan jika lebihan sampah ini dapat dikurangkan. Kesedaran perlu disebarkan kepada rakyat Malaysia tentang pengurusan sampah yang lebih baik.
Janganlah buang sampah ke dalam sungai dan jagalah kebersihan sungai kita. Sama2lah kita menjalankan tanggungjawab kepada negara dan juga alam sekitar untuk generasi akan datang.




June 21, 2012
#1
ya betul tu.. sama2 kita take note hal ini.. jangan meramaikan lagi kaki buang sampah
aimannajmy´s last [type] ..Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2