Lelaki Didakwa Curi Susu Kerana Tak Sanggup Lihat Anak Lapar

Seorang lelaki  sanggup mencuri susu kerana tidak mahu melihat anak perempuannya yang berusia 9 tahun menangis kelaparan.

Ketika dibicarakan di mahkamah, dia telah mengaku bersalah mencuri sebungkus susu Anlene Gold seberat 660 gram berharga RM21.99.

Dia juga ada merayu kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertamanya.

Selepas  menimbangkan rayuan, Mahkamah Majistret telah  menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan keatas tertuduh kerana kesalahanya itu.

Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Majistret, Jessica Daimis dalam keputusan berkata, hukuman itu setimpal selepas mengambil kira kesalahan yang dianggap serius dan sering berlaku dalam masyarakat.

Pesalah merupakan seorang bekas tentera berumur 32 tahun. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pesalah – kredit berita Harian, foto bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge