Lelaki Kasanova di Myjodoh.net kini kepanasan

Baru-baru ini dilaporkan beberapa mangsa penipuan lelaki kasanova di Myjodoh.net telah membuat laporan polis akibat mereka diperdaya lelaki tersebut. Ekoran itu, lelaki yang dikenali dengan nama Marzuki itu kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.

“Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat. “Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja,” kata Salsabila iaitu salah seorang bekas kekasihnya

Salsabila menberitahu dia juga telah melaporkan penipuan kasanova bernama Marzuki ini kepada pihak MyJodoh.net. Selain menggunakan nama Marzuki lelaki ini juga menggunakan nama Amir .

Selain Salsabila, seorang lagi mangsa memberitahu dia juga dihubungi kasanova licik ini dan tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya. Walaubagaimana, sumpah itu tidak dipedulikan mangsanya itu dan akan memberi keterangan kepada polis berhubung kes penipuan ini.

Lelaki kasanova licik ini dikatakan telah berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta ringgit hasil kerja penat lelah memperdaya mangsa-mangsanya dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita .


Marzuki (kiri) bersama isterinya . foto Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge