Lelong Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Di Internet

Pemberian baucer buku kepada pelajar IPT memang memberi faedah kepada para pelajar IPT. Namun, disebabkan beberapa keadaan dan perlaksanaan yang tak sesuai maka pelbagai isu telah berlaku. Antaranya adalah pembelian barang2 tak berfaedah dari baucer buku itu oleh pelajar IPT.

 

Mereka dikatakan membeli barang2 yang takde kaitan dengan buku atau membeli buku yang bukan pelajaran. Selain itu, isu terbaru adalah ada pelajar yang melelong baucer buku mereka diinternet. Dengan lelongan itu mereka dapat duit tunai. Persoalannya kenapa isu ini berlaku.

Sebenarnya pemberian baucer buku ini diberi pada waktu yang salah itu pada waktu pelajar IPT telah abis semester. Buku2 untuk pembelajaran semester tersebut dah dibeli sebelum ini. Dan dikatakan juga baucer buku itu ada tarikh tamatnya dan tamat sebelum mula semester hadapan. Jadi pelajar terpaksa beli apa saja dengan baucer buku tu.

Yang lelong ni pula sebab mereka dah tak tau beli apa, so apa salahnya jual kepada orang lain dengan harga murah. Dapat jugak duit tunai. Sebenarnya benda ni berlaku sebab cara perlaksanaannya yang terburu2 dan tidak terancang. Maka jadilah macam ni. Apapun, untuk pelajar IPT selamat menghabiskan pengajian k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

8 thoughts on “Lelong Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Di Internet

  1. tergesa2 nak menang PRU. x de niat nak fikir kebaikan pelajar pun sebenarnya tu.. nak amek hati mahasiswa/i je sebenarnya.

  2. Tak bagi bantuan, kata kerajaan tak prihatin, dah beri bantuan kata nak pancing undi. Nak beli buku yang berfaedah pun susah.. beli buku bukan perlu ikut tarikh semester.

  3. Apis,

    kalau jadi pelajar universiti mesti tahu keadaan sebenar.. buku apa yang perlu dibeli dan sebagainya.. dah masuk semester baru tahu apa buku yang perlu dibeli.. alah, senang cite jadi student universiti dulu la.. hehe

  4. btol tu kimi…saya sokong…spew yg jd student ipt akan tau flow sbnar….saya pun student IPTA juga…skrg ni pertengahan semeste…..mid term pon da lepas da…dengan baucar ni saya pon xtau nak beli apa…buku utk sem ni semua da bli….nak tunggu sem depan plak bulan 5 baru masuk…baucar tamat tempoh bulan 3….@ Kimi Rekonen:

  5. sepatotnye, kerajaan perlu meneliti apa keperluan utama pelajar ipt…bagi syidi, duit lagi penting dari buku…sebab nya, saya rasa kos utk membeli buku lg kurg dari kos sara hidup dikampus….cuba fikir, satu hari purata kos utk makan sekurang2nya rm10…kalau semnggu? sebulan? sepanjang semeste? kdg2 saya terfikir nak masak sendri…tp duduk kt asrama boleh masak ke? kalau nak duduk rumah sewa kena fikir pasal duit sewa plak….tu la sbb nye, ramai pelajar lelong baucar tu…sebab mereka semua da ada buku yang sepatutnye & mereke lebih memerlukan duit….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge