Lima Ratus Warga Asing Diserbu Di Kawasan Setinggan.

Sebuah operasi telah dijalankan di Jalan Klang Lama yang menempatkan kira-kira 500 warga asing yang kebanyakan dari Indonesia.Penempatan setinggan yang digelar Jakarta mini itu diserbu pasukan penguat kuasa pada pukul 11 malam.

Operasi bersepadu itu diketuai Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara,Jabatan Pertahanan Awam dan Pertubuhan Ikatan Relawan.

Mereka yang ditahan ialah 70 warga Indonesia,tiga India dan dua dari Myanmar serta Bangladesh kerana pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen diri dan perjalanan yang sah.Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen,James Musa Singa berkata,serbuan itu merupakan kali pertama dilakukan ke atas kawasan tersebut yang sudah menjadi perkampungan kecil warga asing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge