Lynas dapat lesen operasi sementara

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) telah mengeluarkan Lesen Operasi Sementara untuk Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Estet Perindustrian Gebeng dekat Kuantan dan perkara ini telah disahkan oleh Lynas Corp. Ltd. semalam.

“Seperti mereka yang lain di Lynas, saya sesungguhnya menjangkakan pelaksaan selamat operasi di LAMP dan seterusnya boleh membekalkan produk kepada para pelanggan kami,” kata Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis.

Sebelum ini pembinaan projek Kilang Lynas yang akan memproses nadir bumi itu ditentang hebat masyarakat kerana dikatakan akan memberikan masalah kesihatan kepada penduduk setempat dan kawasan persekitaran.


Kilang Lynas di Kuantan, Pahang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge