Malaysia vs Indonesia Sukan Sea 2011 kebanggaan Malaysia!

 

Harimau Malaya masih lagi menjadi bualan setiap orang di Malaysia. Perlawanan yang berlansung di Stadium Gelora Bung Karno itu, meriah dengan nyanyian ‘Negaraku’ yang berkumandang sejurus penjaga gol Indonesia gagal menyekat kemaraan bola sepakan pemain Malaysia ketika sepakan penalti dilakukan.

Penyokong Garuda yang kelihatan sangat kecewa dengan keputusan itu meminta beberapa pemain Malaysia melakukan ujian ‘doping’ . Terbukti dengan jelas ketidakpuasan hati penyokong Indonesia ini. Pemain Malaysia yang diminta menjalan ujian tersebut ialah Asraruddin Putra, Zubir Azmi dab Baddrol Bakhtiar.

Berikut merupakan kronologi perlawanan di mana Malaysia menentang Indonesia bagi merebut Emas Sukan Sea ke 26 2011 yang berlansung malam tadi.

 

Minit ke 5  
~Indonesia enjaringkan gol permulaan pada awal permainan.

Minit ke 12
~  Pemain Pertahanan Asraruddin Putra  Omar hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya berjaya ditolak keluar oleh Meiga.

Minit ke 35
~ Hantaran lintang Irfan Fazail dengan tenang disempurnakan oleh Asraruddin melalui satu tandukan rendah.

Minit ke 52
~ Peluang terbaik Malaysia hadir namun kegopohan Irfan melepaskan percubaan lemah membuatkan Ong Kim Swee tidak senang duduk.

Minit ke 63
~Malaysia sekali lagi melepaskan  peluang keemasan apabila Fakri yang melepasi perangkap offside melepaskan tendangan liar meskipun berdepan hanya dengan penjaga gol Indonesia.

 

Sehingga minit-minit terakhir kedua-dua pasukan hanya melakukan serangan balas namun gagal memecahkan gawang gol masing-masing. Skrip yang sama berlaku ketika masa tambahan diberikan kepada pemain.
Penentuan sepakan penalti terpaksa diambil bagi menentukan juara temasya kali ini.

p/s: ucapan-ucapan ringkas daripada beberapa jurulatih dan sekalung tahniah dan syabas diberikan oleh Datuk seri Najib Razak menerusi twitter nya kepada pemain harimau muda ini.

SYABAS HARIMAU MALAYA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Malaysia vs Indonesia Sukan Sea 2011 kebanggaan Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge