Mengapa Masyarakat Pygmy Pendek

Masyarakat pygmy merupakan beberapa kelompok masyarakat yang hidup di beberapa wilayah seperti Afrika, Indonesia, Filipina dan kepulauan Andaman, yang terletak di sebelah tenggara Burma. Beberapa kajian yang dilakukan oleh saintis mendapati bahawa fizikal masyarakat lelaki dewasa pygmy rata-ratanya berukuran 155cm atau hanya setinggi 5 kaki 1 inci sahaja. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa wanita masyarakat pygmy kebanyakannya berkahwin dan beranak-pinak awal sebagai langkah menangani gejala angka kematian yang tinggi.

2 orang ahli antropologi dari Universiti Cambridge, iaitu Profesor Stock dan Andrea Migliano, mengatakan bahwa penemuan mereka mendapati bahawa kebiasaan wanita pygmy beranak pinak dalam usia yang terlalu muda telah bertindak balas terhadap daya pertumbuhan badan masyarakat asli ini. Mereka juga telah menganalisa beberapa data milik pemerintah Inggeris serta beberapa hasil penelitian antropologi mengenai kepulauan Andaman yang dilakukan antara tahun 1871 hingga 1986. Kajian mereka mencakupi penelitian mengenai peningkatan fizikal dan kesihatan 604 orang dari tiga kelompok pygmy ini. Data tersebut juga termasuk taksiran jumlah populasi setiap kelompok sepanjang tahun tersebut.

Melalui fakta yang sahih dan benar didapati bahawa para penjajah Inggeris pertama kali menjarah Kepulauan Andaman pada tahun 1858 hingga 1947. Dua kelompok masyarakat pygmy iaitu Onge dan Jarawa yang hidup di pulau yang terpisah,telah mengasingkan diri kedalam hutan untuk menghindari pertembungan dengan penjajah Inggeris tersebut. Namun kelompok terbesar pigmi Andaman didapati lebih mesra dan mengambil jalan tengah untuk bersahabat dengan para pendatang baru tersebut. Akibatnya, masyarakat pygmy Andaman lebih banyak mendapat penyakit yang dibawa oleh orang-orang Inggeris seperti influenza, tuberculosis, campak dan syphilis. Populasi mereka akhirnya menurun daripada 6000 pada 1858 hingga 600 orang pada 1900.

Catatan sejarah Inggeris menunjukkan bahwa rata-rata ketinggian masyarakat pygmy Andaman berkurang dengan ketara selama period kematian meningkat. Dari tahun 1879 hingga 1927, rata-rata ketinggian lelaki dewasa pygmy yang diukur berkurang pada kepada  4.7 cm, atau mendekati 2 inchi setiap 100 tahun. Ketinggian tubuh kaum wanita mereka juga berkurangan kepada 1.8 cm setiap 100 tahun. Hairan, pelik tapi benar kan..???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Mengapa Masyarakat Pygmy Pendek

  1. Biar pandak badan tapi panjang fikiran
    Biar pendek ukuran tapi keras pendirian

    :merana: :hi: :comel: :menari:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge