Menipu Untuk Dapatkan Bantuan Rakyat

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Setelah semalam borang bantuan rakyat 1 Malaysia keluar, kini timbul berita yang kurang senang diperdengarkan. Teramat kesal sebab boleh juga ada pihak yang sanggup berbuat demikian.

Sedih berita yang kami terima ini, apabila ada juga pihak yang memohon bantuan ini dengan cara penipuan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara.

Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, mereka akan dibayar mulai pertengahan bulan depan.

Katanya, kerajaan menyasarkan untuk mendaftar 5.2 juta rakyat bagi mendapat bantuan khas itu, khusus bagi yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan bagi satu isi rumah serta ramai tanggungan.

Beliau berkata, golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi layak kerana berpendapatan isi rumah kurang RM3,000, boleh memohon berdasarkan pengisytiharan diri dalam borang itu. Semua permohonan akan diprosesLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana agensi kerajaan itu mempunyai maklumat dan data lengkap bagi membantu kerajaan menilai kelayakan setiap penerima bantuan.

“Kita berpegang kepada pengisytiharan diri, jadi pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan akan semak, sekiranya kita dapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kita akan ambil tindakan. “Tetapi sekiranya pemohon mengisytihar maklumat dengan jujur walaupun tanpa slip gaji dan berdasarkan semakan menunjukkan mereka layak, maka mereka akan tetap menerimanya,” katanya kepada media selepas penyerahan borang BR1M, semalam.

Katanya, kerajaan sudah mempunyai kaedah yang sesuai untuk menyalurkan bantuan RM500 itu namun ia akan diumumkan kemudian bagi memberi tumpuan kepada proses pendaftaran terlebih dulu.

 “Saya fahamproses pendaftaran 5.2 juta individu dalam tempoh sebulan bukannya mudah, justeru kami membuka lebih banyak lokasi pendaftaran.

“Insya-Allah kami akan mengadakan mesyuarat esok (Isnin) bagi mendapatkan jumlah pendaftaran untuk minggu pertama, supaya proses pendaftaran ini dapat diperbaiki untuk tempoh tiga minggu akan datang,” katanya.

p/s:Borang Bantuan Rayuan ini juga boleh didapati secara online.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Menipu Untuk Dapatkan Bantuan Rakyat

  1. Ketua keluarga atau isteri yg bekerja sendiri, memang ramai yg
    tiada slip gaji, tapi pendapatan bulanan mereka ada yg melebehi
    RM3,000.00 sebulan. Begitu juga Warga Emas dari Duda dan
    Janda yg tiada slip gaji, hanya harapkan bantuan anak2 atau
    dari badan kebajikan. Begitu juga Rakyat Miskin dipendalaman,
    jangan ada yg terlepas pandang hingga diabaikan… :dsadasccc: :dsadas: :dsadasccc: …

    Penipuan memang sukar dikesan dlm tempuh masa terdekat ini.
    Namun Kerajaan wajib agihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini
    secara “SEADIL2″, jangan ada pihak yg benar2 layak terlepas,
    dianak-tirikan. Hahaha… Pilihan Raya undi kot awal tahun depan.
    Jika “Suara Rakyat” dihampakan, akan tinggalkan kesan berkekalan.
    Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan… :haha: :sd: :dsadsad: …

    Info Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
    KOSMO – Sabtu 10 Disember 2011 m/s 2 .. :dsadsad: ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge