Motosikal Najis Manusia

 

Tokyo, Jepun~ Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa. Motosikal ini yang dinamakan Motosikal Tandas Neo telah dibina oleh sebuah firma tandas iaitu Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh 6 tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80km sejam. Jika semua itu tidak cukup canggih lagi bagi korang, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis msej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya. Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini. Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20 000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

3 thoughts on “Motosikal Najis Manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge