Muhyiddin: Projek Langat 2 tetap diteruskan

Ketika berucap di program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff Sabak Bernam siang tadi,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor.

“Kerajaan pusat kata, lulus tak lulus kita sudah tawar kontrak bina Langat 2…dalam sebulan dua, kita buat juga Langat 2 demi¬† kepentingan rakyat dan bukan Menteri Besar ataupun pakatan pembangkang,” katanya.

Mengikut perancangan asal, projek yang merupakan sebahagian komponen Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor itu akan dilaksanakan melalui dua fasa melibatkan 23 pakej pembinaan bagi setiap fasa.

Langat 2 adalah sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

Difahamkan, projek ini mendapat bangkanggan hebat dari Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat sekarang kerana dikatakan akan merugikan duit rakyat dan menguntungkan kroni. Berkenaan isu air yang melanda beberapa kawasan di Selangor pada masa ini, Selangor telah mengeluarkan satu video untuk menerangkan masalah ini kepada rakyat Selangor.

Video IKLAN : Syabas vs. Selangor

image
Tan Sri Muhyiddin Yassin – foto Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge