Pasangan Kekasih Mati Terbakar.

Keadaan rumah yang terbakar dan menyebabkan sepasang kekasih maut di Polo Park,Jalan Bentara Luar Satu,Johor Bahru.

Kejadian berlaku di Johor Bahru dimana sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka terbakar.Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenis rumah bandar itu berlaku pada pukul 11 pagi dan menyebabkan kedua-dua mangsa,Ang Lye Hock,52,dan Angielee Ambrose,29,meninggal dunia di tempat kejadian.

Lye Hock yang merupakan rakyat Singapura dan Angielee yang berasal dari Sabah itu dipercayai bertengkar sebelum kebakaran itu berlaku di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Seorang jiran mangsa yang juga pengurus bangunan berkenaan,Baharudin Saffri Aksan,46,berkata kejadian disedari ketika dia berada di balkoni untuk membersihkan penyaman udara rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah pasangan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge