Pegawai Imigresen Terkejut Jumpa Janin Atas Tangga

Seorang pegawai Imigresen terkejut apabila dia menjumpai janin manusia atas tangga di Kuarters KLIA, Nilai. Dia sebelum itu mencari punca kesan tompokan darah didepan rumahnya, sebelum menjumpai objek kecil berlumuran darah.

“Saya terkejut sebaik sahaja melihat ada objek kecil berlumuran darah tetapi ketika itu kami tidak pasti sama ada ia janin manusia atau anak kucing,” kata pegawai Imigresen itu,Saiful Nizam Abas, 40.

Bagaimanapun katanya, setelah dilihat dari jarak dekat, dia mula mengesyaki janin tersebut adalah janin manusia dan cepat-cepat panggil polis dan Klinik Kesihatan Kuaters tersebut untuk pengesahan penemuan.

Polis mengesahkan penemuan janin itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita bayi baru lahir dicampakkan dari atas bangunan.


Saiful Nizam menunjukkan lokasi janin yang ditemuinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge