Pelajar USM Cedera Terjatuh Dari Tingkat Tujuh

Seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia(USM) dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang(HPP) selepas dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat tujuh sebuah bangunan asrama universiti itu semalam.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan ditemui rakan sebiliknya di atas bumbung tempat letak kereta di blok asrama terbabit dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri pada pukul 11.30 pagi.Sebelum kejadian,mangsa yang merupakan pelajar tahun pertama itu dikatakan sering dilihat mengasingkan diri dan murung.

Kejadian menimpa pelajar itu disedari rakan sebiliknya yang ketika itu berada di luar dan terkejut apabila dia tiba-tiba terdengar satu objek terjatuh dari arah tingkap biliknya.Difahamkan pelajar jurusan pengurusan itu terlibat dalam sebuah kumpulan ajaran yang belum diketahui statusnya.

Menurut pihak polis,hasil siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang berasal dari Kuala Nerang,Kedah itu dipercayai mengalami histeria semasa kejadian.Pelajar tersebut pernah direhatkan selama beberapa bulan daripada pengajian di universiti itu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.Mangsa didakwa hanya menyambung semula sesi pengajiannya pada minggu lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Pelajar USM Cedera Terjatuh Dari Tingkat Tujuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge