Pengsan dirempuh babi

Seorang isteri terkejut apabila mendapat tahu anak dan suami pengsan dirempuh babi. Menurut wanita tersebut Rokiah Ibrahim, 39, dalam kejadian itu suami dan anaknya itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang lagi anak mereka ke sekolah berhampiran rumah mereka.

Ketika dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba seekor babi meluru keluar dari hutan bersebelahan jalan kemudian merempuh motosikal yang dinaiki mereka. Suaminya Sulaiman Mamat, 50 tidak sempat mengelak babi itu dan mengakibatkan suami dan anak tercampak ke atas jalan dan mereka pengsan. Kedua-dua mangsa dipercayai pengsan akibat kepala terhantuk pada jalan.

Mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu oleh penduduk yang lalu di kawasan itu.

pix_topright
Kecederaan yang dialami Siti Nur Syafikah Sulaiman, 5 tahun – foto Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge