Penyamun Guna Pistol Palsu Kena Balun

Macam-macam berita la sekarang nie,,ada yang kena rompak, kena bunuh, rogol, tikam lagi..memeningkan kepala..tapi apa yang bakal kitorang sampaikan hari ni pasti mengorangkan beban di kepala kita yang tengah kusut sekarang nie. Penyamun kena balun oleh si mangsa..haaa..menarikkan..?? kita ikuti petikan daripada berita Harian Metro nie..

KAJANG: Tindakan nekad dua lelaki menyamun dua pengawal syarikat keselamatan yang membawa karung mengandungi wang tunai di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, di sini, menggunakan sepucuk pistol palsu mengundang padah apabila mereka bukan saja gagal dalam cubaan berkenaan, malah turut dibelasah orang ramai hingga seorang daripadanya ditangkap.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi semalam, dua pengawal keselamatan membawa satu karung berisi wang tunai RM552,583.05 yang dikeluarkan dari mesin deposit tunai milik sebuah bank dihampiri dua suspek terbabit yang menaiki sebuah motosikal dan bersenjatakan pistol.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata seorang daripada suspek meluru ke arah pengawal terbabit serta mengacukan pistol sebelum cuba melarikan karung berkenaan.

 Menurutnya, mangsa mengesyaki pistol yang digunakan adalah palsu berdasarkan bentuknya sebelum nekad melawan dan bergelut dengan suspek.~ Harian Metro

:nangis3: adusshh..padan dengan muka korang wahai penyamun-penyamun di seluruh dunia..sapa suruh menyamun dan merompak,,bukankah ada banyak lagi pekerjaan yang halal yang boleh korang buat selain kerja-kerja yang tak berkat nih..padan muka kena belasah..nak merompak lagi??kita lanyak lagi..!!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge