Peragut cedera kena belasah masuk wad

Hajat 3 orang peragut untuk meragut seorang wanita yang berhenti di lampu isyarat tidak kesampaian malah salah seorang daripada mereka yang ditangkap cedera parah dibelasah orang ramai.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi di Seksyen 5, Wangsa Maju itu, tiga suspek tersebut dilaporkan menunggang dua buah motosikal Yamaha 125Z manakala mangsa pula menaiki kereta Honda Insight seorang diri.

Ketika mangsa yang berhenti dilampu isyarat, salah seorang peragut memecahkan cermin kereta mangsa. Insiden ini disedari seorang pemandu van dibelakang kereta mangsa sebelum pemandu van tadi nekad merempuh sebuah motosikal dinaiki dua suspek dengan salah seorang sedang menarik beg tangan mangsa dari dalam keretanya.

Peragut yang dirempuh tadi jatuh ke atas jalan tetapi salah seorang sempat bangun dan melarikan diri. Seorang lagi suspek yang menunggang sebuah motosikal lain turut meninggalkan tempat kejadian.

Peragut yang berbadan agak gemuk tidak sempat melarikan diri. Dia kemudiannya diberkas dan dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dilaporkan suspek yang cedera parah itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan ditempatkan di wad separa kritikal.Keadaannya dilaporkan stabil.


Gambar peragut yang ditangkap ketika cuba menyamun/ragut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge